Sola gratia ialah satu dari lima sola yang menjadi rangkuman kepercayaan dasar para pelopor Reformasi Protestan. Asalnya dari bahasa Latin yang bermaksud hanya kerana anugerah-Nya. Hal ini dikemukakan untuk membezakan dari ajaran Gereja Katolik Rom pada semasa itu. Akan tetapi yang lebih dikenal terdapat 3 Sola yang menjadi semboyan Alkitab sola fide, sola gratia, sola scriptura.
Di dalam sola gratia keselamatan syurgawi itu kita peroleh bukan atas landasan Balance System yang berdasarkan usaha, kuasa, kemampuan, dan daya sendiri, melainkan oleh kerana iman (sola fide) dan lebih lanjut ditegaskan oleh rasul Paulus dalam Efesus 2:8-9 bahawa keselamatan syurgawi itu ialah Kurniaan/pemberian atau Anugerah Allah (sola gratia).
Jadi dengan demikian, kalau kita bercakap tentang Iman/sola fide secara automatik kita bercakap pula tentang Anugerah/sola gratia, kerana kedua-dua faktor tersebut berkait rapat dengan lainnya, tegasnya:
Keselamatan syurgawi itu hanya Allah Anugerahkan kepada orang-orang yang beriman sahaja